Telah puluhan tahun khazanah ni terperuk dalam simpanan keluarga baru ni ada inisiatif dari salah seorang adik lelaki aku untuk pamerkan dibahagian ruang rumah. Sebelum ni benda2 ni hanya berada dicelahan almari sahaja tanpa seorang pun memperdulikannya.Tak sangka ramai pulak kalangan orang yang bertandang berminat dan cerita disebalik khazanah ni dicerita secara lisan oleh abah yang mewarisi semua ni dari zaman datok dan moyangnya. Walaupun dari kami adik beradik telah mendengan cerita disebalik pedang2 ni secara lisan dari aruah datuk dan abah sekarang baik lah dihuraikan melalui blog ni untuk pengetahuan anak cucu Hj Manaf seterusnya.
Ada banyak tinggalan dahulu dari rumah lama aruah datuk antaranya tombak , tawak, dan satu tin duit syiling dari zaman queen victoria .Tapi hanya pedang dan sundang ini yang kami ambil untuk simpanan dirumah kini.
Pedang Jenawi ini adalah anugerah dari Sultan Johor Pertama iaitu Sultan Sir Abu Bakar Ibni Daing Ibrahim (diputerakan pada 3/2/1833 - mangkat pada 4/6/1895) kepada arwah datuk kepada abah. Hubungan dengan kalangan istana Johor dengan arwah datuk secara langsung adalah kerana hobby memburu binatang hutan oleh Sultan dan moyang sebagai Penghulu yang mentadbir kampung masa itu.Pada masa itu tejalinnya hubungan rakyat dengan Raja ni. Dan dalam salah satu kunjungan ke istana baginda telah menanugerahkan pedang ini pada arwah datuk abah iaitu Hj Mahdi.
Kerana
tiada penjagaan teliti, karat telah memenuhi mata pedang ni, antara
karat tu terdapat tompokan hitam, mengikut tukang besi ini menunjukkan
unsur darah jika terkena besi.
Pedang ni berunsur Rom dan agak berat, mungkin sesuai dengan tenaga
orang dahulu yang besar dan gagah. Cara mengunakan pedang ni adalah
dengan libasan dikedua2 belah matanya .
Pedang ini telah digunakan semasa perang saudara Jementah dan telah meragut beberapa nyawa.
Perang Saudara Jementah atau lebih dikenali sebagai Perang Jementah adalah perang saudara yang pertama di negeri Johor. Perang ini tercetus pada tahun 1879 di Jementah, Johor akibat rasa tidak puas hati Tengku Alam, putera gahara kepada Sultan Ali atas penyerahan daerah Muar ke bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar. Tragedi berdarah tersebut menjadi yang begitu penting kerana:
- Perang adalah perang saudara pertama berlaku di negeri Johor.
- Perang ini telah melibatkan puluhan pahlawan dan pendekar yang handal.
- Tamatnya perang ini merupakan satu daripada faktor pembukaan Muar (Bandar Maharani).
- Perang ini membawa beberapa kesan penting dalam sejarah Johor
khususnya mulai tahun 1880 iaitu setahun selepas tamatnya perang, 'Kesang' menjadi jajahan Johor hingga ke hari ini.
Hulu pedang ni juga digunakan sebagai cawan untuk minum, maklum la kalau dah namanya berperang takkan nak guna cawan macam nak berpicnic so kegunaan ni untuk kesesuaian semasa.
Ini pulak dinamakan Sundang. Sundang tidak digunakan untuk menikam seperti keris, ia lebih kepada
menetak dan melibas. Saiz matanya agak besar dan lebih berat berbanding
keris biasa. Hulu sundang juga lebih mirip kepada hulu pedang berbanding
hulu keris
Sundang ialah sejenis senjata tradisi yang digunakan oleh orang-orang Bugis dan Sulu. Senjata ini lebih sesuai untuk melibas, tidak
sesuai untuk menikam.
Harap generasi seterusnya dapat memelihara warisan ini sebaik mungkin.Sundang ini juga telah meragut beberapa nyawa semasa perang saudara Jementah.
Kebiasaannya Badik
mempunyai rekabentuk yang bermata sebelah, lurus dan tajam.
Hj Manaf dengan koleksi yang ditinggal oleh datuk dan moyang nya.
Disebalik tabir sebagai penyimpan warisan temurun ni ada berbagai kisah mistik bagaikan misteri nusantara tetapi hanya tuan punya waris ini sahaja la yang mengetahui misteri yang kalau diceritakan mungkin sukar nak diterima antara realiti dan khayalan.
Bila dikaitkan pedang, keris, badik yang berasaskan besi pasti zaman dahulu si pandai besi/tukang besi tidak akan membuat keris sesuka hati saja. Untuk tujuan mempertahankan diri pasti sipandai besi akan mengiringi pembuatan senjata ni dengan ramuan dan bacaan tertentu untuk semangat senjata. Ini lah antara kelebihan orang dahulu.