Jika dulu2 kalau baca novel taun 80 an seseorang yang asal dari Sungai Lembing ni mesti la ia menunjukkan orang tu datang dari daerah yang sangat ulu dan terpencil. Nak tengok sangat2 camana daerah ni. Minggu ni dah dapat menerokai Sungai Lembing yang terletak dalam 40 km dari Pekan Kuantan Pahang.Terdapat sebuah muzium di puncak bukit hampir pekan dan sekitaran yang cantik dan amat bebas dari kesesakan kota.
Melalui Sungai Lembing semasa nak menuju ke Muzium.Dari info kat muzium tu sungai ni dapat nama dari peristiwa seorang pembesar yang melontarkan lembing kepada seekor rusa lalu rusa tu terus terjun ke sungai ini dengan lembing yang masih lagi tercacak dibadan rusa tu. Tapi tak tau pulak rusa tu mati atau hidup lepas tu tak dinyatakan pulak.
Kena mendaki bukit nak menuju ke sini.Kenderaan tidak dibenarkan naik . Huh....kena pakai gear 1 nak tiba dan serasa setengah nyawa bila sampai atas ni.Tapi aku sekeluarga sangat special bila dapat bawak kete sampai atas atas alasan abang Naim tidak upaya nak mendaki bukit ni.So atas kebenaran pak guard la kami naik ngn kete hanya turunkan penumpang je pastu antar kete park kat bawah tu.
Muzium ni dulunya adalah rumah kediaman pengurus lombong dikenali dengan " The European Bungalow".Bangunan ni jugak pernah jadik markas tentera Jepun hingga 1945 Jepun berundur diambil pulak oleh PCCL (Pahang Consolidated Company Limited) untuk urusan perlombongan hingga la zaman kejatuhan harga timah dunia taun 1986.Tiada lagi kerja2 perlombongan dijalan sejak itu.
Sungai Lembing menjadi pusat perlombongan arang batu sejak abad 18 pagi. Penjajah dah dapat mengesan kekayaan hasil bumi kita yang sangat berkualiti dan telah mengeluar dan mengambil hasil2 yang sangat berharga ini.
Pic yang kat dinding sebelah bawah tu adalah pengasas yang membuka Sungai Lembing. Ini bukan acara jejak kasih mencarik sedara dengan model yang berdiri tu....
Antara jenis batu batuan yang ada di sekitar lombong ni
Antara replika alat kegunaan masa perlombongan.
Peti besi pakaian pengurus2 lombong dulu. Dapat bayangkan betapa beratnya beg ni belum lagi dengan berat barang didalamnya. Kalau jenis ni digunakan sekarang usah risau jika dibaling2 berpuluh kali oleh petugas airport pasti takan terjejas walau sikit.
Pemandangan dari tingkap muzium ni amat cantik boleh nampak pekan kat bawah tu.
Antara perabot lama yang ada dalam salah sebuah bilik tetamu dimana ia pernah digunakan oleh Sultan Pahang ...(ops lupa namanya tetapi ayahanda pada Sultan Pahang kini)
Lorong dalam ruang muzium
Tapak tinggalan tempat mesin2 untuk aktiviti perlombongan dijalankan, tidak jauh dari muzium ni.
Berada dalam Pekan Sungai Lembing ni seperti masuk kezaman silam, sunyi dan bangunan adalah seperti dulu jugak. Rasanya pokok ni pon dah berusia ratusan tahun. Pada sesiapa yang dah bosan dengan sesak jam kota sila kemari tapi kalau lama2 mau jam kepala dek kesunyian.
Meninggalkan muzium yang memaparkan episod kegemilangan Sg Lembing yang merupakan lombong bijih bawah tanah yang terbesar didunia.
Menuju ke Kuala Terengganu. Singgah di TER (T.ganu Equestrian Resort) Buat keputusan untuk menginap Padock Inn disini memandangkan kami belum menempah mana hotel lagi.
Mula masuk dientrance dah terpandang signage ni. Wahh banyak sangat ke kuda yang ada kat sini.
Ohhh harus patuh ngn singnage tu kuda bebas dimana2 je.Pandai pulak dia menuju padang dgn bilik2 khas dia. Bangunan belakang kuda tu adalah bilik2 resort ni.
Aktiviti pada pengunjung disediakan dimana untuk mencuba kuda2 ni RM60.00 sejam. Kalau nak bersiar ngn kuda hingga ke laut kat belakang tu RM100.00. Tapi tidak la kami mencubanya sebab RM100 tu kalau buat isi minyak kete bole sampai ke Johor tuuuuu..... dari hanya sejam dok kat bontot kuda je.
Resort ni agak bagus, harga yang berpatutan siap ngn breakfast utk 2 orang dan lagi tak la bosan dok terkurung dalam bilik je. Bole jalan2 sekitarannya tengok aktivit berkuda kat sini.
Petang ke Pantai Batu Burok untuk makan2 segala yang dicelup tepong ni.
Selama 2 hari bercuti sini buat lawatan kat Muzium T.Ganu pulokk. Tapi nak komeng sket kt tempat ni, pencahayaan lampunya terlalu malap dan bila keluar terasa macam lepas keluar dari panggung wayang.Dek luasnnya ruang dan malap nak tengok anak tangga pon tak jelas.Ruang muzium teramatlah luas, rasa2 cam ada bahagian yang tak pergi, dek terlalu penat naik tangga2 yang tinggi dan ruang sana sini seluas mata memandang.
Menarik bangku yang dilaman muzium ni, tanpa sebatang paku dan kayu yang baik walau pun di biar berpanas dan hujan kat luar ni.
Pemandangan dari meja tempat breakfast pagi. Hujan hari ini dan kuda2 ni dah keluar kandang untuk meragut rumput kat padang ni.sesekali rasa cam kat pekan cowboy pulak dengan sesekali bunyi kuda ni menjerit.
Melalui masjid terapung ni semasa meninggalkan resort ni utk pulang ke K.L. Cantik masjid dan sekitarannya dan azan subuh amat jelas semasa menginap dibilik resort ni.Sekian buat kali ni.