Tuesday, September 13, 2016

Hari Raya Aidil Adha 2016

Banyak ujian yang kena lalui . Namun apa jua kena lalui tanpa menoleh kebelakang. Moga segala nya akan berakhir dengan apa yang diharapkan seperti yang didoakan siang dan malam. Satu demi satu ujian yang ditempuhi, pastinya Allah sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik untuk segala ujian yang diberi pada hambanya.

بسم الله الرحمن الرحيم
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya... (Al-Baqarah:286)
Hanya ayat ini penguat hati dan melegakan apa yang di tanggung ini.
 Balik kampung demi bapa yang berseorangan menjalani hidup hariannya. 
 

Juadah sop tulang dan mee rebus versi yang keluarga suka itu je juadah kali ini.
Mungkin mee rebus ni dah sebati dengan rasa digemari sebab aruah mak hanya buat cara ni sahaja,walau berapa banyak resepi dan versi mee rebus hanya cara yang ni sahaja satu keluarga menyukai.
Walau nasi impit tak berapa nak ngam ngn sop tapi memandangkan bah dah tak berapa boleh nak menggigit daging yang liat ni gabungan nasi impit dengan kuah sop dan daging yang dah direnh lebih dari 2 jam ni ia sesuai dengan keadaan.
Buah rambutan lebat berbuah hingga tak termakan. Ia juga dah jadik desert. Merah kuning mewarnai halaman rumah. Kalau tenguk di bandar kemain rasa nak makannya sampai beli juga sekilo dua, ni tak pulak tekak ni nak makan bebenar.


Kembali pulang Kl pada petang hari raya sebab tak ambil cuti lebih. Sempat gulaikan ikan masak lemak bersama buah cepu untuk bah. Alhamdulillah segala dipermudahkan kerana ikhlas segala ini untuk abah.

4 comments:

  1. Salam aidiladha kak Hanem...
    menarik sangat mee rebus dengan sup tuuu....nampak menyelerakan
    nanti share resepi eaa.... =)))

    ReplyDelete
  2. Salam aidiadha jugak utk alia.

    Mee rebus simple je,,just sedap tu dek air daging ,udang ,sotong dan sayur2 tu,,mee di rebus sekali ngn kuah tu,,tu je,tapi special pada keluarga kami sebab itu yg mak sediakan sejak kecik lagi.
    Tulang tu mcm resepi biasa je,,hanya specuial dek lutut lembu tu ,,,pasti lemak sop tu tak baik sgt kalau selalu makan.

    ReplyDelete
  3. emmm sedapnye sup & mi rebus tu!!
    Rambutan kalau dah di buang kulit, cepat pulak licinnya ya.

    Nak tanya.. cafe kontena tu sebelah restoran bamboo dkt MRR2 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. resepi simple je tu.. Ye betul cafe kontena tu yg sebelah restoran bamboo tu.

      Delete

Tulis la apa2 aje......